12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W
Kesihatan merupakan asset penting yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. Kalau ada kesihatan macam-macam perkara kita boleh lakukan.
Namun demikian, untuk sihat kita perlu makanan yang baik. Cara paling baik untuk memilih makanan adalah dengan mengikut cara Rasulullah SAW.
Di sini saya kongsikan 12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W. Makanan-makanan ini bukan sahaja berkhasiat, malahan jika kita niat makan kerana Allah dan mengikut sunnah Rasulullah SAW kita akan dapat pahala.
1. Barli :
Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma :
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin:
Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur :
Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
5. Madu:
Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis):
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu :
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan
8. Cendawan:
Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun:
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima:
Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka:
Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air:
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras.
Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat
Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat
Sesungguhnya Rasulallah SAW diutuskan untuk mendidik kita menjadi manusia yang baik. Segala yang ditunjukkan oleh baginda merupakan sunnah Rasulullah SAW untuk kita jadikan panduan.
TerimaKasih kepada pemilik blog di atas Nota yg amat bermanfaat ini. :)
JAZAKALLAHU KHAIRAN جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
No comments:
Post a Comment